Pages

Tuesday, December 7, 2010

Maryam 1st Birthday

1 December hari tu genap usia Maryam 1 tahun. Alhamdullilah..Maryam membesar seperti kanak-kanak normal yang lain.

Seperti yang diwar-warkan sebelum ni, me and mr hubby memang nak buat barbecue sikit tapi bukan buat pada 1 December (Rabu) but dibuat pada hari Sabtu. Macam biasa lah..cukup sekadar family kitorang je and barbecue kali ni buat kat rumah mak.

Auntie, pak cik i satu family pun ada. Sepupu i yang sekarang ni tengah lepak kat rumah mak sempena cuti sekolah and cuti semester pun turut memeriahkan suasana malam tu.

Untuk kek pulak memanglah sangat berpuas hati. Memang orang kedai kek tu bertindak mengikut arahan...hehehe..And malam tu juga kek habis dingap oleh kami sekeluarga. Beli pun 1/2 kg. Lepas ni boleh lah tempah lagi kat situ.





 Macam-macam ada..



 Sambil makan sambil buat aktiviti bebasnya.. :)

 Makan kek dulu..

Hadiah untuk Lil' Princess, me and mr hubby belikan Toy Story ride on. Ingatkan nak jugak beli yang nampak lebih pada girl sikit macam Barbie / Mickey Mouse ride on tapi harganya pulak yang tak boleh tahan.

Mr hubby : U nak beli yang mana satu?

Me : Ingatkan nak beli yang nampak lebih pada girl sikit tapi mahal pulak. Takpelah..kita beli Toy Story punya je..

Then kitorang pun proceed untuk Toy Story. Tapi bila time dah buka kotak Toy Story tu, ada sedikit frust jugak coz nampak memang tak berbaloi beli Toy Story tu dengan harga RM159.90.

Lebih baik pulak beli mana-mana pilihan ride on yang ada jual kat Carrefour je (before ke Toy R Us, kitorang masuk Carrefour dulu).




 Toy Story ride on..

Pastu mr hubby simpan balik Toy Story tu kat dalam kotak asalnya (fuhh..nasib baik tak buang lagi kotak tu) sebaik mungkin. Esok nak pergi balik Toy R Us and tukar yang lain.

Akhirnya kitorang pilih produk Fisher Price iaitu stride-to-ride lion. Benda alah ni 2 in 1 (walker and ride) and sangatlah berpuas hati dengan stride-to-ride lion ni.


 Walker and ride..2 in 1..











Sebelum ni pernah belikan produk Fisher Price untuk Abbas 1st birthday sama macam Maryam punya. Cuma design je yang lain.

And seriously sampai sekarang ni hadiah Abbas tu still bertahan except for speaker muziknya dah rosak coz banyak sangat main sambil duk hentak benda tu kot. Lebih-lebih lagi bila main drift. Kiranya dah 3 tahun lebih usia ride on tu! So berbaloi la kan..


Dibeli pada 2007..Abbas 1st birthday..



Untuk stride-on-ride lion ni memang kena top up duit sikit but memang berbaloi-baloi. Harga asalnya RM249.90 and after diskaun (untuk Star Member), harganya terus jadi RM189.90. Potongan sebanyak RM60!

Disebabkan nak dapatkan harga diskaun tu, terus je mr hubby apply untuk dapatkan kad Star Member tu. Kad i memang dah lama jadi bahan mainan untuk kiddos!


Image by google..

Siapa yang berhajat nak apply kad tu, boleh lah apply satu. Free je. Tak ada dikenakan apa-apa bayaran. Kalau tak puas hati dengan barang yang telah dibeli, pihak Toy R Us bagi sehingga 21 hari untuk refund bagi Star Member and 14 hari bagi yang bukan Star Member. And silalah nikmati diskaunnya ye! Hehehehe..





Happy birthday to you Maryam..jadi anak yang solehan, bijak, sihat dan berakhlak mulia. Mama, papa and your brothers  love you! Mama doakan yang terbaik untuk Maryam. Muahh!

7 comments:

kasihredha said...

Happy birthday mariam, semoga mjadi anak yg sollehah.
Kek tu comeyyy..

LiAnA said...

happy 1st birthday Maryam.. Mainan FP ni mmg tahan lama.. mahal skit tp sgt sesuai utk budak yg agak 'ganas' kekeke.. kena baling pun still maintain tak rosak..

Unknown said...

Kasihredha : terima kasih! kek tu pun sedap jugak!

Unknown said...

LiAnA : thanks! FP ni memang berbaloi-baloi..terutama skali bila mainan macam ride on tu.. :)

raFida oThMan ( fiEda ) said...

wahhh...sdh 1 taun ar. hepi besday anggun maryam!
sedap kek tu? oder kat mn? promote la sikett...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

FiEda: thank u!

sedap jugak kek tu..tempah dekat kedai kek Berry's..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails