Pages

Saturday, December 25, 2010

School..apa yang ada dalam fikirannya?

Lagi beberapa minggu sekolah / tadika  nak bermula. Mana yang dah daftarkan anak-anaknya ke sekolah, komfem dah sediakan keperluan sekolah and maybe ada yang baru nak start borong.

Macam me and mr hubby belum lagi siapkan keperluan ke sekolah / tadika untuk anak-anak. Walaupun Abbas next year nak masuk 5 tahun but kitorang dah plan nak daftarkan Abbas tahun depan. Meaning that dia akan masuk tadika masa umur 6 tahun. But ada satu kali tu, mr hubby ada cakap nak masukkan Abbas pertengahan tahun depan. Boleh ke macam tu??

Setakat ni ingatkan nak masukkan Abbas (termasuk adik-adiknya) ke Genius Aulad. Sekarang ni pun ada satu cawangannya yang akan dibuka tak jauh dari area rumah kitorang. Jaraknya lebih kurang 2km kot. Kalau nak ikutkan ada yang lagi dekat dengan rumah kitorang iaitu tadika kemas yang terletak dekat simpang nak masuk ke kawasan rumah kitorang. Dulu ada jugak terdetik nak masukkan Abbas kat tadika tu. Tengoklah macam mana nanti.

Tapi yang peliknya, tiap kali bagitahu Abbas yang nanti dia akan pergi school (tadika), komfem dia cakap tak nak. Siap ada satu kali tu time dia nak tidur, boleh pulak dia nangis bagitahu yang dia tak nak pergi school. Padahal ada lah dalam 10 minit lampu bilik dah ditutup. Kompius jugak sebab apa yang sebenarnya dalam fikiran dia maksud school tu.

Kalau dah sampai macam tu sekali, macam mana lah nanti first day nak hantar dia pergi tadika.

Me : Next year Abbas go to school ok. Abbas study ABCs, alif ba ta, 123..Mama stay at home with Azziz and baby. Pastu mama masak for Abbas.

Abbas : Abbas don't want go to school (time ni dia dah cembeng dah). Mama go to school..Abbas stay with Azziz and baby..pastu Abbas masak for mama.

Me : Why Abbas don't want go to school?

Abbas : Abbas scared.

Halahai..nak masakkan untuk mama ye..nanti Abbas dah besar, Abbas masakkan untuk mama ok.. :)

3 comments:

kasihredha said...

so sweet..part yg abbas nak masakkan unk mama tu :)
Agak2nya dalam fikiran abbas school to klinik ke ..atau tempat asing agaknya ye...
Try explain perlahan2 padanya..benda2 yg best kat sekolah :)

LiAnA said...

kekeke kelakar ler Abbas ni.. Aqil pun masuk school lewat gak.. dlm tgh thn.. sbb takut masukkan sekrg nnt dia jd takut pulak tgk parents ramai kat sekolah tu.. baru tadika takpe bg kelonggaran skit hihi

Unknown said...

Kasihredha : akak..tergelak saya time Abbas cakap macam tu.. :)

LiAnA : Hahahaha..biar bagi bebudak ni main puas-puas..Lagipun aqil baru 3 tahun kan..so lagilah no hal kalau dia diberi kelonggaran..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails