Pages

Tuesday, June 12, 2012

School Holiday

.
Breakfast dulu kat tempat biasa..

Duduk semalam di Putra Brasmana Hotel di Kuala Perlis..ada jemputan kahwin kat area situ..

Di terminal feri Kuala Perlis..

Tunggu time nak naik feri ke Langkawi yang mengambil masa sejam perjalanan..



Chalet yang kitorang stay..di Kampung Tok Senik Resort..

Rumah Che Mat..



Memang besar katilnya..2x super single..

Lengkap dengan hall..

Tiap kali breakfast, memang kena bawa kereta untuk ke Warung Tok Mat ni..siapa nak exercise, boleh aje jalan kaki..

Alli dengan atuk..

Lately ni bila bergambar, ada saja peace nya tu..

Mini pancake..ni memang feveret Abbas..

Sampai 2x kali tambah..







Kedai yang menjual souvenir sepanjang jalan nak ke tempat cable car..









Talapia..

Musim cuti sekolah gamaknya..memang beratur nak naik cable car..


















Sejuk kat atas time ni..













Tunggu nak naik bot untuk Island Hoping (pakej untuk ke Pulau Dayang Bunting, Eagle Feeding & Pulau Beras Basah)..







Pulau Dayang Bunting..menurut kata pembawa bot tu, gunung tu merujuk pada 1-kepala, 2-dada, 3-tangan & 4- perut wanita mengandung..

Lepak di Tasik Dayang Bunting..kat sini memang banyak monyet..so sila simpan beg plastik atau apa-apa makanan..kalau tak, habislah dingap oleh monyet..

Tasik Dayang Bunting lagi..

Eagle Feeding..

Di Pulau Beras Basah..Baru syiok nak layan biskut marie, terpaksa bagi biskut tu kat sang monyet yang semakin menghampiri..sian Alli..

Pulau Beras Basah..



Malam sebelum nak check out, dahan pokok yang besar telah tumbang di hadapan rumah yang kitorang duduk akibat angin kuat..Alhamdulillah tiada apa yang berlaku..demi keselamatan, kitorang telah dipindahkan ke chalet yang yang lain..


Cuti sekolah lepas kitorang telah ke Langkawi. Excited bebudak ni sebab dalam mind diorang ni duk fikir tido hotel. Tak ketinggalan bawak atuk diorang sekali.

Sebelum ke sana kitorang stay semalam dekat Putra Brasmana Hotel di Kuala Perlis sebab ada jemputan kahwin dekat dengan area situ. Itu yang awal-awal dah ada plan ke Langkawi coz alang-alang dah sampai ke Kuala Perlis.

Sewaktu di Langkawi dan time naik bot untuk program Island Hoping yang merangkumi pakej ke Pulau Dayang Bunting, Eagle Feeding dan Pulau Beras Basah memang menakutkan kerana keadaan laut yang agak bergelora sikit. Lebih-lebih lagi masa nak ke Pulau Dayang Bunting. Pemandu bot tu ada jugak cakap air bergelora sikit.

Mungkin disebabkan oleh air pasang luar biasa. Tahu pasal air pasang luar biasa ni pun bila next day tu ternampak keratan paper kat terminal feri Langkawi masa nak balik.

Masa nak ke Eagle Feeding dengan Pulau Beras Basah tu dah nak tengahari so okey sikit dari keadaan laut diwaktu pagi.  

Memang kecut perut ni masa naik bot terutama waktu pagi tu. Sambil duk fikir keselamatan kiddos dan keluarga tercinta, dalam hati ni duk baca ayat tulah..ayat ni lah..Dengan pegang Alli yang masih baby lagi. Dah lah jaket keselamatan untuk saiz budak tak cukup. Pastu time nak balik dari Pulau Beras Basah tu dapat pulak jaket keselamatan yang tak boleh nak ikat. Haaaishh..

Syukur Alhamdulillah..semuanya selamat dan tiada apa-apa masalah pun .

Okey..
For me, bagi yang ada ramai anak kecil rasanya lebih praktikal naik flight terus ke Langkawi sebab time nak naik feri tu memang ramai orang. Time kitorang pergi pulak memang cuti sekolah so faham-faham je lah kan. Dah lah duk heboh nak bawa masuk luggage dalam feri. Pastu dengan nak pastikan anak ada dekat dengan kita lagi. 

Tapi kalau ada dewasa yang ikut lebih ramai dari kanak-kanak memang okey je. Macam kitorang ni,kanak-kanak 3 dan baby sorang. Pastu dengan luggage lagi. Itu yang agak kurang praktikalnya sebab yang dewasanya cuma 3 orang.

Macam empunya blog ni yang duk mengedong Alli lagi, pastu duk pegang tangan Maryam sambil mata ni duk perhatikan Abbas dan Azziz. Mr hubby pulak duk memerah tenaga bawa keluar masuk luggage. Kesian pulak tengok atuk diorang sebab tolong angkat segala jenis bag dengan stroller.


Okey..masa untuk merehatkan diri.. :)




P/s : Kini rutin harian bermula kembali.. :)









0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails