Pages

Tuesday, October 19, 2010

Coffee Bean session at The Curve

Ingatkan semalam  memang bersantai di rumah tapi tidak sama sekali. I likeeeee.....hehehehhehe.....Lepas mr hubby pergi hantar kereta betulkan alignment (errk! betul ke ejaannya ni?), we all pergi lepaking kat coffee bean The Curve Damansara. Dah nama pun coffee bean kan..so coffee bean session la. This time ada lagi satu family yang join our coffee bean session. So ni kira first time lepak kat coffee bean The Curve.




Mr & Mrs Ali..

Mata and mulut ni asyik memerhati dan melayan kerenah anak-anak yang tak reti nak duduk diam. Kejap-kejap nak tengok air pancut la, nak donut la, nak balloon la, nak book la...and bla..bla..bla..bla..

Bila dah banyak la la la, terus la mamanya bawa pergi masuk kat MPH. Itupun lepas Azziz nangis bila kena sakat dengan kawan mr hubby. Serious riuh sekampung dek lontaran suara Azziz yang sungguh tinggi.

Masuk je MPH bebudak ni terus menuju ke bahagian mereka. Macam biasa, masing-masing dah start nak pilih buku kegemaran sendiri. Kejap-kejap nak book itu la..ini la..itu la..ini la..Pastu bila sebut je "then go back home la", ha..tahu pun tak nak. Lepas duk pilih buku-buku kat situ, akhirnya dapatlah beli 2 buah buku cerita untuk mereka.


Then terus pergi dinner dekat area Damansara. Nama restoran tu Ghulam Mee. Ramai jugak orang yang lepak makan kat situ. Tapi seriously servicenya slow. Dah la time tu tengah pedas, air pulak tak sampai-sampai lagi. Air yang first order tu dah habis pasal aisnya lebih banyak dari air. Itu yang sekejap je habis.

Menunya nasi goreng kampung for me, mee hailam for hubby and keow tiow sup for Abbas-share with Azziz. Lil' Princess makan roti hasil pemberian dari aunty Fadh. Sup gear box pun ada and itu for Ali and mee goreng mamak for his wife, Kak Fadh a.k.a Fadh. Tak lupa juga kupang masak chinese style yang mahal harganya.

Bila dah sampai rumah, tak ada dah nak gedik buka tv lagi. Terus je mandikan budak, bedtime story, solat and zzzZZZzzzZZZzzz...Yang terus ZZzzzz tu mr hubby and kiddos je..

Time dinner tu ada diselit sikit bab penyediaan barang semasa dalam berpantang (Mr & Mrs Ali tengah menantikan kelahiran baby mereka). Teringat pulak time dolu-dolu masa pertama kali menjalani sessi berpantang. Kalau nak dibandingkan dengan istilah berpantang macam orang yang duk menampal pilis sambil rambut diikat tinggi macam sup bunjut Adabi tu, memang i tak buat. Apatah lagi makan jamu. Sampai dah masuk anak 3 pun memang i tak ambil mana-mana jamu. Teringin juga nak try makan tapi.......(memanjang tapi je)

My mom and MIL memang duk bising apsal tak makan jamu pastu duk cerita yang diorang dolu-dolu ada ambil jamu. Jawapan dari  mr hubby and i  is "doktor tak bagi coz baby minum susu badan and takut panas". So mereka cakap "sukahati korang la"..

And i tak pantang sangat pun tapi cuma pantang nampak. Masa dalam 3 minggu berpantang lepas lahirkan Abbas, dah lepak makan steamboat kat Dusit Thai Sunway Pyramid. Then time berpantang lepas lahirkan Azziz, dah pergi (lupa pulak pergi mana tapi memang dah keluar umah pun). And bila time berpantang lepas lahirkan Maryam, masuk minggu ke-3 dah pergi Carrefour Subang.

Ada juga orang kata "ko tunggulah bila dah tua nanti".."badan kita ni nak pakai lama".."ko tak reti duduk rumah ke?"..And susah juga nak jawab soalan-soalan yang cepu emas tu. Pernah sekali tu i siap google pasal pantang ni and rupanya cara berpantang ni agak berbeza mengikut bangsa dan negara.

Macam "ko tunggulah bila dah tua nanti"..biasanya ayat tu datang dari orang yang tak berapa nak tua pun tapi macam mana diorang dapat buat ayat yang macam tu? Kalau orang tu merujuk pada pengalaman orang tua yang berpantang betul dengan orang tua yang dulunya pantang nampak (pantang yang-yok je), tak bermakna itu betul sebab i pernah baca satu story pasal pantang ni dimana makciknya yang tak berapa nak ikut pantang ni sihat je bila dah tua and mak nya pula duk sakit itu ini lah padahal maknya yang betul-betul berpantang.

Tapi ayat "ko tunggulah bila dah tua nanti" tu memang menakutkan sampai mr hubby dan wifenya ni pernah bincangkan topik ni sesama sendiri.

Untuk statement "badan ni kita nak pakai lama" tu rasanya tak beza sangat pun dengan statement yang pertama tadi. And bagi statement "ko tak reti duduk rumah ke?".. memang jawapannya RETI.. :kalau keluar pun RETI..hehehehe..

Neighbour belakang siap pernah tegur apsalah tak nampak macam orang berpantang. Katanya tengok i jemur baju kat luar macam biasa je. Laaa...habis tu takkan nak duduk terbaring pula kan. Lagipun bukannya first day berpantang dah pergi menyidai baju kat luar.

Macam masa berpantang lepas lahirkan Maryam, my mum tak dapat nak jaga sama macam first time i berpantang and mr hubby pulak dapat cuti 3 hari + 2 hari yang dia apply sendiri dan bibik yang yang awal-awal lagi kitorang dah booking pulak demam. So nak buat macam mana? Kenalah juga uruskan sendiri. Mula-mula tu kekok la juga sebab nak kena handle semua tapi lama-kelamaan sampai hari ni, dah lali dah pun. And ayah pun ada juga tolong tengokkan budak-budak ni so tak adalah terkejar-kejar sangat.

Ada orang cakap tak boleh makan ayam masa pantang nanti gatal and tak kurang juga ada yang kata tak ada masalah pun nak makan ayam.

Ada orang kata jangan makan sayur sawi masa pantang sebab sejuk and tak kurang juga ada yang kata tak ada masalah pun nak makan.

Kesimpulannya: Waktu berpantanglah untuk kita memanjakan / merehatkan diri selepas bersalin. Itu semua bergantung pada diri sendiri and apa yang i type panjang-panjang tu hanyalah sebagai info sahaja. Bagi i, ikut mana yang perlu dan selagi tidak menyusahkan diri sendiri like...

Kena makan ikan kering / masin masa tengah pantang..
Sanggupkah anda mengadap ikan kering sepanjang tempoh berpantang? Kang tak pasal-pasal dapat darah tinggi..

Tak boleh banyak minum air masa tengah pantang..
Sanggupkah anda mencatu minuman anda sehingga kena sembelit?..

Pernah sekali masa dalam pantang (time ni dah start tidur dalam bilik dengan siap berair-cond lagi) tetiba je time tengah tidur badan jadi sejuk lain macam..siap terus keluar bilik sebab tak tahan sangat..orang kata itu meroyan..pulak dah..Tapi mr google kata tak ada kena-mengena dengan meroyan.

Dah la..taknak story panjang-panjang..



p/s: Selain berurut 2 perkara yang dibuat ketika berpantang is bertungku dan memakai bengkung. Teringat pulak sup ayam dengan lada hitam yang my mum sediakan masa dalam pantang..yummie!

5 comments:

raFida oThMan ( fiEda ) said...

ye ke...?
aku time dlm pantang mkn sedap jerk..ehehe.
klu mkn smue kring2 n xleh minum air byk mmg sembelit laaaa.....takut!!
ape2 pon tu smue pendapat org kan...smue xsame. :)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

fida: mmg ler sedap...hehehehe

Tie HT said...

singgah here :)

Unknown said...

Tihara:

salam..thanks kerana menyinggah.. :)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails