Pages

Wednesday, March 17, 2010

Bila ada penonton

Hari ni ingatkan nak masak sayur labu masak lemak. Sementara menunggu Maryam bangun, cepat-cepat i amik pisau and kerjakan sayur labu tu. Biasanya bab-bab memotong  ni i buat kat dapur. Cuma kali ni buat kat meja makan. Tak sampai berapa minit je, 2 orang penonton dah join sekali. Siapa lagi kalau bukan Abbas dan Azziz.

I pun dah siap sedia segala yang mungkin berlaku. Jeng jeng jeng..seperti yang dijangka..........selain dari duk main dengan sayur labu tersebut, Abbas macam biasa bertanyakan soalan-soalan cepu emas. Siap tanya harga labu tu berapa ringgit lagi..Abbas oh Abbas..:)

Dah nama pun budak. perasaan ingin tahu tu memang ada. Azziz setakat main biji labu tu je. Kalau boleh Azziz nak buat labu tu macam toys je.

Abbas oh Abbas..

Sambil fokus memotong labu tu, mulut ni tak henti-henti menjawab persoalan Abbas. Selagi tak jawab soalan selagi tu la Abbas asyik bertanya. Nak tergelak pun ada..Mana taknya, kulit labu pun dia nak tau jugak. Nasib baik dia tak tanya kenapa warna labu macam tu. Hehehehe..

Azziz seronok sangat dapat join sekali

Tengok tangan tu

Akhirnya..inilah sayur labu masak lemak

3 comments:

suzanamohdisa said...

ooo...jadi syur labu tu ada air tangan abbas n azziz laa..patutlah rasa semanacam..heeheee..

suzanamohdisa said...

oooo...sayur labu tu ada air tangan abbas n azziz. patutla ada rasa semacam je...he..he..he..

Unknown said...

itulah..tau tak pe..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails