Pages

Friday, March 19, 2010

Whooops!

 Bila sibuk baca blog tetiba mata ni terpandang kat satu artikel mengenai seorang artis dengan anjing. Whoops! siapakah itu? Jeng jeng jeng.. Rupanya Sharifah Sofea daa. Kat sini ada statement Sharifah Sofea kepada Kosmo..

Adakah gambar seorang wanita berkemeja-T putih sedang bermain dengan anjing itu milik Sofia?
SOFIA: Memang itu gambar saya dan ia telah diletakkan di laman blog sebelum saya kahwin lagi. Tak silap saya, bulan Mei tahun lepas. Tetapi itu anjing peliharaan kawan, bukan saya punya.

Gambar tersebut telah pun tersebar di Internet. Ada yang menganggap gambar itu agak sensitif dan Sofia tidak patut bermain dengan anjing. Apakah pandangan Sofia?
Gambar itu bukanlah satu isu yang besar. Bukannya berdosa pun bermain dengan anjing. Apa salahnya anjing itu mahu bermain dan gigit kita. Habis main, samak saja. Lagipun saya seorang pencinta binatang. Dulu saya pernah membela anjing. Tetapi saudara-mara saya tidak boleh terima lalu saya memberi anjing itu kepada orang lain.

Adakah Sofia kesal dengan penyebaran gambar itu?
Saya tak kisah pun. Cuma bila orang luar tengok, mereka mempunyai pelbagai persepsi baik atau buruk. Sekarang ini zaman moden, kita boleh samak. Tapi saya tak adalah sampai memberi anjing itu menjilat muka saya atau mandikannya. Masa saya bela anjing pun, saya hantar ke kedai untuk memandikannya.



sumber: jomss.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails