Pages

Thursday, March 18, 2010

Malas

Dah pukul 5.47pm. Maryam baru bangun and kejap lagi nak mandikan dia. Krrringggg..........!Tetiba hubby kol la plak. Jap eh...................................Yessszzaaa! (ni dah macam Jimmy Shanley je) hubby on the way balik rumah.

Perancangan malam ni nak pergi pasar malam cari bahan mentah. Ikan, daging, etc. Tapi kalau hubby sampai rumah awal, boleh la pergi terus. Dapatla jugak ikan segar. Tengokla macam mana nanti.

Malam ni pulak tak tau nak dinner apa coz hari ni tak ada proses masak memasak. Biasala kalau penyakit malas datang mengejut. Cuma masak mee bandung untuk Abbas dan Azziz je tengahari tadi. Saki bakinya i yang habiskan.

Petang pulak goreng fries untuk diorang tapi diorang tak heran pun. Budak-budak tu dah kenyang makan rumah atuk diorang kot. Nak tak nak i yang habiskan bagi mengelak berlakunya pembaziran.Nasib baik la tak goreng banyak.

Vrroomm! hubby dah sampai and Maryam pun dah meragam nak mintak mandi (ialah tu).................



"Hye! saya baru lepas mandi.."

4 comments:

suzanamohdisa said...

oooo..patutlaa...smlm nak g pasar malam...rupanye malas nak masak.....so...hari ni ada moodlaa nak masak daging...kalau lebih, pas-pas la kat umah blkang....

Sue said...

itulah..memang berbahaya kalau penyakit malas tu datang menyerang..pas kat belakang? no hal nyer..

Rahmansbmat said...

Kalu tak masak pun nenek kan ada....

Sue said...

man: tau tak apa..wakakakakaka..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails