Pages

Friday, March 19, 2010

Jalan-jalan cari makan..

Hari tu dinner kat Hartz Chicken Buffet dekat Sunway Pyramid. Mak, ayah, kakak dan abang pun join sekali. Hubby belanja! Kakak yang baru 3 minggu bersalin pun join jugak. Ish.. ish..ish..

Malam tu bagi chan kat Abbas and Azziz. So maknanya diorang bolehlah makan apasaja tanpa disekat. Ais-krim tak payah cakap la. Siap ada second round lagi tu. Apatah lagi air gas.

Tenung apa la tu..

Syioknya melantak sampai tak sedar hubby snap gambar..hehe

Abbas tengah syiok makan spaghetti..

Sempat jugak singgah kat MPH bookstore. Tengok punya tengok dapatlah beli 3 buah buku untuk Abbas dengan Azziz. Hubby pergi singgah kat Guardian beli termometer yang baru. Yang lama dah rosak daa..Hurm elok sangat lah tu. Senang sket kalau nak pantau suhu kalau budak-budak ni demam.

Buku Chuggington yang dipilih Abbas..

Dalam pukul 10.00pm dah ciow dari situ. Ingatkan nak sambung lepak kat tempat lain (tak puas-puas lagi tu) tapi takpelah..next time la jawabnya.

3 comments:

suzanamohdisa said...

jln-jln cari makan...bab makan memang best..tapi yg x bestnye baru makan sikit dah kenyang..x berbaloi..

rahmansbmat said...

ada lagi ke plan nak pg jalan-jalan cari makan?

Sue said...

ada.....kali ni big bos belanja..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails