Pages

Monday, March 29, 2010

Al-Kisahnya

Penat masih lagi terasa. Mana taknya, hari sabtu lepas asyik berjalan je. Hari tu pukul 8.30am dah keluar pergi SJMC. Lepas je settle urusan kat situ, terus ke Carrefour dan Giant. Dalam pukul 1.15pm baru sampai rumah. Itupun cuma sempat sembahyang zohor, mandikan Abbas dan Azziz dan sidai baju yang dah meronta-ronta minta keluar dari mesin basuh. Pukul 2.15pm dah keluar balik.

Kali ni menuju ke Bangi. Kat Bangi ada 2 acara. Pertama pergi menghadiri kenduri aqiqah and second pergi lepak minum dengan kawan hubby. So bila perjumpaan family diadakan (bunyi mcm gempak je..hehehe) banyak lah perkara yang disembangkan. Wife kawan hubby pun blogger jugak. So sempat lah jugak menuntut ilmu. Thank you kak Liana!

Sembang punya sembang, pukul 5.10pm dah balik rumah. Sementara nak tunggu keluar dinner pukul 8.00pm, sempat lagi layan fb and main game yang bercucuk tanam tu. Itu yang tak tahan tu. Hehehehee..

Dinner kat Flamming Steamboat (dekat dengan Sunway Pyramid). Ingatkan dapat table kat dalam (air-cond) tapi rupanya kat luar. Memang lah open air tapi malam tu tak ada pulak angin yang bersepoi-sepoi. Kesian pulak kat Maryam. Sepanjang dinner tu Maryam tak tidur. Mana taknya, dah lah pakai long sleeves lepas tu duk terperuk kat dalam stroller. Itu yang dia tak tidur. Nasib baik dia tak meragam.


Sungguh banyak seafood yang diambil..

Sebahagian dari udang yang belum di makan..

Azziz yang banyak makan dari Abbas..

Maryam yang tak banyak kerenah..

Ingatkan program dinner malam tu adalah program yang terakhir untuk hari tu. Tapi tidak sama sekali. Kitorang boleh pulak naik Genting. Cadangnya memang nak stay 1 malam  kat Genting tapi tak jadi. Akhirnya awal pagi kami sampai rumah.


Family potrait..

Tapi yang pastinya kesian kat budak-budak coz mereka tak cukup tidur.

4 comments:

LiAnA said...

perghhhhh sakan berjalan..
akak yg baca ni pun penat wakakaka

Sue said...

Liana : aik! tarik nafas dalam-dalam..pastu hembus..amacam? dah hilang penat dah? hehhe..

ct said...

hoi..best giler lah sue.....lain kali ajak aku tau...hahaha

Sue said...

ct: daripada ko suruh aku ajak ko, baik ko suruh hubby ko yang ajak ko..wakakaka

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails