Pages

Tuesday, March 30, 2010

Ha..kan dah cakap..

Semalam lepas tidurkan Maryam and sementara tunggu hubby balik dari kerja, sempatlah juga menyapu. Ingatkan nak guna vacum je tapi malas pulak nak ambil vacum tu yang ada dalam stor. Alah, bukannya susah sangat nak ambil tapi saja je nak guna penyapu. Rajinlah kononnya.

Sekarang ni banyaklah rambut yang disapu. Al-maklumlah..lepas 3 bulan bersalin, hormon keguguran rambut akan datang. Itu yang kena menyapu pagi dan petang. Kadang-kadang pagi je. Hehehehehe..

Sambil duk kusyuk menyapu, tetiba je terpandang kat satu benda ni. Rasanya benda ni macam pernah dilihat. Memang sah! Lofti yang baru dibeli telah dijadikan bahan eksperimen. Aduhai.............setakat geleng kepala la yang mampu dibuat.

Bila dikutip semula dan diperhatikan dengan lebih dalam lagi, rasanya lofti tu still tak cukup sifat lagi. Kesiannya..............tapi nak buat macam-mana. Kalau eksperimen tak dijalankan memang lah tak sah.

Dan yang paling tak tahan tu, budak-budak tu boleh pulak dengan selambanya bagitahu "mama, lofti dah broken dah"..Ish..ish..ish..memang payahlah kalau permainan diaorang ni nak maintain macam baru dibeli.


Inilah hasilnya..

Memang betul lah kata orang..budak kecik memang akan ada tahap curiositynya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails