Pages

Monday, March 22, 2010

Steamboat syiok sendiri

Sabtu lepas pergi Jaya Jusco dekat Taman Equine. Lepas lunch terus gerak. Hubby dapat JJ voucher sebanyak 200 hengget. Dari rumah lagi dah target barang yang hendak dibeli. So sampai je  JJ terus ke bahagian elektrik. Sambil duk jalan-jalan, akhirnya dah jumpa apa yang  nak dibeli. Its a pan grill with steamboat! RM199.

Tapi kitorang tak beli terus coz kitorang nak jalan-jalan dulu kat dalam tu. Jalan punya jalan, tak ada angin dan ribut taufan tetiba pulak hubby beli kasut. Ish ish ish..Lepas tu ingatkan nak lepak minum tapi tengok cash tak cukup pulak. Mesin ATM kat situ semua hancus. Tak boleh guna. So program lepak minum dibatalkan dan terus pergi beli pan grill and ciow terus.

Next program cadangnya nak ke Putrajaya. Nak tengok pertunjukan hot air balloon. Bila dah sampai area Putrajaya, terpaksa patah balik coz jalan jem and memang tak sanggup nak hadapinya. Kesian pulak kat Abbas dengan Azziz.

Sebelum balik, singgah kat Giant. Nak beli barang-barang untuk dinner. Al-maklumlah, dah ada pan grill ni so kenalah rasmikan secepat yang mungkin. Dapatlah beli seafood, segala macam bentuk bebola, mee kering and etc.

Sampai je rumah, uruskan budak-budak dulu then baru lah buat persiapan untuk dinner.


Pakej grill steamboat for 2 adult & 2 child..

Yummie!

Abbas dan Azziz dah tak sabar dah..

Macam ku kenal je tangan tu..hehe


Lepas ni boleh la buat lagi bila teringin nak makan ala-ala steamboat..

4 comments:

LiAnA said...

periuk steamboat tu ada kat umah tp tanpa pan tu.. nampak best je kan.. kalau mkn time hujan2 ni mmg best...

Sue said...

yup! memang besh! tapi sesuai buat kat luar umah..nanti time grill daging tu asap dia naik ke atas daa..tak pasal-pasal meja makan berminyak..

suzanamohdisa said...

amboi...syoknye mkn....x pandang org pun ye... rasanye makan steamboat kat umah or kat luar mana berbaloi??????

Sue said...

makan kat luar kot..tapi sesekali buat mcm ni kat rumah memang berbaloi-baloi..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails